Dialog Dahulu..
Aku : Isteriku sayang.. Abang nak minta sesuatu ni..
Dia : Ya Abang.. Nak Minta apa??
Aku : Kita baru je nikah seminggukan?
Dia : Ha'ah kan.. Dah Seminggu.. Habis tu?
Aku : Kalau boleh Abang nak anak ramai dengan sayang...
Dia : Anak itu rezeki bang.. Abang nak berapa ramai?
Aku : ???
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Bila bercerita pasal nak anak ramai.. Dalam benak fikiran ini banyak betul difikirkan..
Apa ea?? Check check it out!!!
1) "Keseronokan" manusia membuang bayi macam membuang sampah yang dah tak pakai..
2) Teringat Anak-anak di Palestin dan Gaza yang tiada ibu bapa dan menderita di sana..
3) Bilalah aku nak nikah dan berapalah anak aku? (Nakalnyee ^&%^&%() )
4) Sukanya aku akan budak budak...
5) Pesan Ustazah.. (Ni yang nak share ni) yeeppiieeee.. (sharing is caring)..
Semasa duduk mengadap Ustazah di pejabat dia menanyakan tentang Tesis Ana.. Ustazah ada bertanya pada Ana sama ada Ana sudah ada yang berkenan ke belum? Ana jawab ringkas " Ada Ana berkenan tapi dia tak berkenan kat Ana kot".. Alamak bertompok 'kot' pula kat belakang tu.. Jawapan macam tak yakin saja.. Pastu Ustazah membuka bicara..
Pesan Ustazah :
Anta kalau dah suka muslimah tu terus je khitbah.. Ustazah sokong Anta nikah awal.. Kalau Anta susah hati sangat Ustazah boleh bantu.. (Dalam hati Ana.. errr.. nglup - telan air liur). Ustazah suka orang nikah awal biar nanti banyak zuriat dan banyak zuriat perjuang yang akan bantu Anta berjuang.. Ana menanya maksud ustazah?
Ustazah sambung katanya :
Anta jangan terkejut dengan apa ustazah kata.. Ustazah nak Anta nikah awal biar bini Anta beranak ramai ramai pastu bantu perjuangan Anta sebagai seorang daei.. Anta letaklah nama anak Anta nama nama perjuangan Islam.. Letaklah nama Salehudin Al-Ayubi, Hassan Al-Banna, Kadir Al-Jailani, Umar Abdul Aziz ke.. Kalau Anta tak hafal nama perjuangan Islam, bila Anta ada anak bawa jumpa Ustazah.. Ustazah namakan anak Anta.. (Dalam hati Ana.. errr.. nglup - telan air liur) + (Di Fikiran - betul juga kata ustazah)..
Ustazah masih bicara :
Shah!!! Anta kene nikah awal.. Biar Anta nikah awal nanti Anta baru umur 40 anak Anta dah besar besar.. Taklah Anta dah umur 40 masa tu umur anak Anta baru 3,4 tahun baru.. Macam mane Anta nak berjuang kalau anak anak masih kecik lagi..
Di akhir bicara :
Shah!! Dengar tak ustazah kabo ni.. Anta fikirlah apa ustazah cakap ni.. Kalau Anta masih tak ada calon biar ustazah carikan.. Ana mengiyakan kata ustazah dengan senyuman..
P/S : Harap dengan perceritaan Ana ini mendapat input dan ada perkongsian ilmu serta idea..
(Kisah benar yang berlaku penghujung bulan 6)
0 comments:
Post a Comment