Monday, March 8, 2010

bingkisan sahabat

Jika awak memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah awak mengambil terus ikan itu..
janganlah sesekali awak lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail awak
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah awak memberi banyak pengharapan kepada seseorang
setelah ia mula menyayangi awak..
hendaklah awak menjaga hatinya..
jangan sesekali awak terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama awak
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati awak..

Jika awak menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluan mu..
apabila sekali retak..
tentu sukar untuk awak menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika awak cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika awak memiliki seseorang terimalah seadanya..
janganlah awak terlalu mengaguminya
dan janganlah awak menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi awak menerimanya..
akhirnya awak kecewa meninggalkannya..
sedangkan jika awak memaafkannya
boleh jadi hubungan awak akan berterusan sehingga ke akhirnya..

Jika awak telah memiliki sepinggan nasi..yang awak pasti baik untuk diri awak..
mengeyangkan berkhasiat..
mengapa awak berlengah,cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan

Sunday, March 7, 2010

ANDA RASA NGANTUK?? CUBA INI... Hanya amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresivepula...
jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress..
pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

Friday, March 5, 2010

AYAHANDA DAN BONDAKU


AYAHANDA DAN BONDAKU YANG TERCINTA

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah atas kurniaan yang sangat berharga buatku.. Ayahanda dan bonda tercinta .. Anakmu sentiasa merindui kalian berdua.. Ku doakan kalian sentiasa dirahmati dan dipayungi dengan kasih Ilahi..

Ayahanda yang tercinta..
Masih jelas dalam ingatanku..

Saat kau muda bertenaga,

kau habisi peluhmu buat kami berlAPAN..

tanpa ada jawapan tidak,

kau curahkan segala kasih sayang..

Demi kemahuan kami, kau turuti semuanya..

Walaupun puterA-puteri mu ini tidak pernah membalasnya..

Namun kau teruskan tugasmu tanpa cacat cela..


Bonda yang tersayang...

Rindu anakmu ini
dengan segala leteran berguna..

Tegahanmu ada hikmahnya..

Marahmu ada pujuknya..

Mana mungkin akan ku temui,
insan yang di sebalik wajah itu
ada sekeping hati yang lembut..

Menunjukkan kasih seorang ibu..

Biarpun anakmu ini masih tidak mengerti,

Kau teruskan jua janjimu pada Illahi..

Ayahanda dan bonda yang tersayang..

Banyak sudah yang kalian korbankan..

Kalian berjaya kini mendidik kami
menjadi orang yang berguna..
Berbakti kepada anak bangsa..

Walaupun kita terpaksa berjauhan,

Namun kalian masih di dalam ingatan..

Setiap detik dan waktu..


Ayahanda dan bonda..
Masih ingat raut kedua-dua wajah kalian..

Di saat kita perlu berpisah..

Ayah... masih tidak lekang dengan nasihat bermakna..

Bonda... hanya sinaran matamu yang mampu berkata-kata..

Aku yang cuma memahami dalam kesuraman suasana..

Berpelukan kami seperti tidak mahu dilepaskan..


Ayahanda dan bonda..

Doakanlah anakmu di sini..
Meneruskan tugas yang mulia..
Tanpa yang tersayang di sisi..

Moga dengan restu kalian,
perjuangan anakmu ini sentiasa dipermudahkan..


Ya Allah Ya Tuhanku..

kasihanilah ibu dan ayahku..
Sepertimana mereka mengasihaniku,

Sewaktu aku masih kecil..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..